Tok Gajah Services merupakan jenama yang menyediakan perkhidmatan professional service AirCond yang murah bagi rumah kediaman anda di sekitar daerah Kuantan Pahang.
Objektif kami adalah untuk membantu anda mengembalikan semula KENYAMANAN, KESELESAAN dan KECERIAAN anda sekeluarga di rumah pada kadar harga yang berbaloi selari dengan tagline kami iaitu “ Owner Bereh Kita Bereh”.
Misi kami adalah untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik di sekitar Kuantan Pahang. Kami komited kepada pelanggan kami, dan kami akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
Kami percaya pada kejujuran dan integriti, prinsip ini telah menjadi teras kepada semua yang telah kami lakukan sejak hari pertama. Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan AirCond yang terbaik kepada pelanggan kami.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ اِلَّآ اَنْ تَكُوْنَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِّنْكُمْ ۗ وَلَا تَقْتُلُوْٓا اَنْفُسَكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar redha meredhai di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang kepadamu.”
(an-Nisa’: 29)
Highly-Trained. Kesemua technician adalah profesional, terlatih dan bertauliah dalam urusan penyelenggaraan unit Aircond
Safe Kami mengamalkan cara kerja yang selamat dan mengunakan bahan kimia yang berkualiti serta selamat.
Quality. Dengan bantuan professional, akan memastikan daya tahan dan kecekapan unit anda
Convenient. Dengan mengupah kami, anda boleh mengurus perkara yang lebih penting dan tidak perlu mengorbankan masa atau hari anda.
Straightforward. Harga pakej yang kami ditawarkan melalui sebutharga kepada anda adalah tetap dan tiada caj tersembunyi
Terdapat banyak faktor dan kesan yang mempengaruhi harga service AirCond.
Harga bagi service di bawah adalah berbeza kerana kaedah atau cara kerja dan bahan yang digunakan pun berbeza.
Bilangan unit AirCond juga mempengaruhi harga kerana ini adalah asas kepada bilangan technician yang akan mengendalikan permintaan anda.
Harga kami sangat kompetitif dan kami boleh memberikan quotation percuma tanpa syarat. Quotation atau sebut harga anggaran boleh diberikan melalui telefon.
Seterusnya quotation yang lebih tepat boleh diberikan oleh pakar kami yang datang ke tapak AirCond tersebut.Pakar kami kemudian akan menilai dan membincangkan semua keperluan dan pilihan AirCond.
Kami boleh berbincang dan menjawab semua pertanyaan anda serta memberi cadangan yang berkaitan mengenai sistem AirCond terbaik untuk memenuhi keperluan anda.
Sebarang pertanyaan dialu-alukan. Kami menyediakan talian kecemasan perkhidmatan pelanggan yang beroperasi 24 jam.
Kami memahami bahawa rumah kediaman yang selesa adalah penting untuk anda dan keluarga atau perniagaan anda. Oleh sebab itu kami menawarkan service AirCond yang berkualiti sepanjang masa dengan harga yang berpatutan.
Pasukan pakar AirCond kami akan berbesar hati membantu anda dalam mencari penyelesaian terbaik untuk keperluan anda.
Kami telah membantu banyak perniagaan dan pemilik rumah di Kuantan, jadi anda boleh yakin bahawa kami akan menyediakan service AirCond terbaik yang sama kepada anda.Hubungi kami hari ini untuk lock slot temujanji atau mengetahui lebih lanjut mengenai service AirCond kami di Kuantan.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan semasa menghadapi masalah AirCond tidak sejuk ialah pastikan bahawa Thermostat diteapkan pada “cool”. Jika tidak, maka AirCond tidak akan dihidupkan.
Jika AirCond masih lagi tidak sejuk, sila periksa Distribution Board (DB) rumah anda.Pastikan semua MCB berada dalam keadaan normal.Jika trip sila cuba reset semula dan lihat adakah ini menyelesaikan masalah.
Seterusnya periksa penapis udara.Bersihkan jika kotor.Penapis udara yang kotor dan tersumbat boleh mengurangkan aliran udara.Ini akan menyebabkan proses menyejukan ruang menjadi sukar.Cara cuci ialah,keluarkan penapis udara dari unit dan bilas dengan air.Keringkan sepenuhnya sebelum memasang semula ke dalam unit.
Ais juga boleh berkumpul di dalam unit AirCond yang boleh mengurangkan kadar aliran udara dan proses menyejukan ruang menjadi sukar.Untuk memeriksa pembentukan Ais ini cuma keluarkan penapis udara dan cari sebarang Ais yang terkumpul pada coil.Untuk mencairkan Ais, hanya matikan AirCond dan biarkan ia cair dengan sendirinya.
Seperti yang anda lihat,terdapat beberapa sebab berbeza mengapa AirCond anda tidak menyejukkan dengan betul.Dengan berpandukan petua yang telah kita bincangkan dalam artikel ini,anda sepatutnya dapat menyelesaikan masalah AirCond yang tidak menyejukkan ini. Apabila ragu-ragu atau tidak yakin,nasihat kami adalah sentiasa berunding dengan technician professional dalam service AirCond.Mereka akan dapat bedah siasat masalah dan menghidupkan AirCond anda semula dalam masa yang singkat.
NASIHAT KAMI
Tidak ada yang lebih buruk daripada pulang ke rumah yang panas selepas keluar rumah sepanjang hari.Anda boleh elak masalah ini dengan beberapa petua penyelenggaraan.